01 July 2010

Pembuangan Bayi Makin Menjadi-Jadi

Hari ini saya rasa saya patut meluahkan perasaan marah saya terhadap bilangan kes pembuangan bayi yang semakin parah di negara kita. Saban hari di surat khabar kita melihat ada saja bayi yang tidak berdosa ditinggalkan di atas tong sampah, dalam semak, tepi longkang, tempat pembuangan sampah, iskhhhh.... ke mana lah agaknya sifat manusia itu sendiri dalam hati kita. Bagi saya sukar untuk mengkategorikan golongan ni sebab kalau nak kata mereka tu haiwan.... haiwan pon sayangkan anak... (lu pikir lah sendiri).

Sayangi mereka

Apa agaknya peranan kerajaan, ulama/ustaz/ustazah, kejiranan dan masyarakat kat negara kita kan..??? Selalunya apa2 masalah sosial yang melanda kat Malaysia nie macam bermusim dan "hot" kejap jer. Lepas tu org dah tak ingat lagi. Bila kita tengok org berpeluk, bercium kat taman2, shopping complex, kedai makan dll kita macam ambik tak kisah... alasan.."buat apalah nak jaga tepi kain orang"....

Ahli-ahli agama pulak lebih menumpukan aktiviti kat masjid. Dah macam jadi tugas hakiki pulak yang mesti duduk jer kat masjid... Kenapa tak turun padang..??? Memang ada yang turun padang, tapi jumlahnya tak banyak. Moral sosial anak-kita dah mula tercalar dek santapan lazat yang dihidangkan oleh YAHUDI.

Pergaulan bebas, hiburan terlampau, sukan yang mendedahkan, fensyen yang tak cukup kain dan macam-macam lagi yang memang boleh kita tengok hari-hari. Lepak kat disco dah macam lepak kat warong kena teh tarik jer... Orang dah tak kisah... Kalau dulu perempuan kelab malam nie kita gelarkan sebagai perempuan keberet. Sekarang dah 'promoted' jadi GRO dalam erti kata Pegawai Perhubungan Pelanggan.

Inilah realiti dunia akhir zaman. Haram dan halal bagai perkara remeh dan tak perlu nak kecoh-kecoh. Kerajaan pulak bagai menggalakkan orang islam untuk leka dengan hidangan hiburan ciptaan YAHUDI ini. Arak, judi, maksiat, rasuah, pecah amanah ada dimana-mana. Mereka kata judi tu haram. Kat kedai2 nompor pon siap tulis yang orang Islam haram berjudi. Kedai-kedai judi pulak bukan kat tempat tersorok. Kita semua boleh nampak orang Islam keluar masuk beli nombor. Dalam beribu-ribuk orang / kenderaan yang melalui depan kedai judi tu takkan tak ada sorang pon dari Jabatan Agama ker atau polis yang melalui kedai-kedai nombor ekor tu. Mustahil kan... sekali sekala baru ler kita dengar ada orang kena tangkap pasal beli nombor ekor.

Stesen2 tv kat negara kita pulak hanya mengejar keuntungan dan tidak serius untuk membentuk masyarakat ke arah budaya sosial yang berlandaskan agama. Waktu perdana pulak kita akan dihidangkan dengan rancangan hiburan. kalau ada pon rangcangan berbentuk keagamaan pulak, waktu tayangan tidak sesuai. Tapi ada juga stesen tv yang menyiarkan rancangan keagamaan pada waktu perdana walaupon sekejap. Kenapa polisi kita tidak mewajibkan peratus yang tinggi terhadap rancangan yang boleh membentuk sahsiah peribadi dan jati diri. Semua nak UNTUNG...!!!! Hiburan tu memang tak salah tp biar kena pada caranya. Bak kata Saidina Abu Bakar r.a.." Didiklah anak2 kamu mengikut zaman mereka". Tp kita didik anak ikut pengaruh barat, yahudi... bukan ikut zaman. Bila anak dah rosak semua orang nak disalahkan.. Kalau ibu bapa kita dulu-dulu mengajar anak dengan cara keras seperti merotan, takkan kita nak ikut cara yang sama. Anak-anak sekarang memerlukan lebih kepada pendekatan psikologi kerana terlalu banyak pengaruh tidak baik berada disekeliling mereka.

Kita perlu bermuhasabah untuk mencari jalan terbaik bagi membendung gejala sosial yang semakin parah di negara kita. Ahli-ahli agama yang TELUS dan pemimpin perlu duduk semeja bermusyawarah kerana ini yang diajar oleh Nabi junjungan kita. Jika sesuatu perancangan tidak dilaksanakan oleh AHLInya, maka kepincangan serius akan berlaku.

FIKIR-FIKIRKAN......

No comments:

Post a Comment

Apa yang dicari?