04 August 2010

Tilawah AL-QURAN Peringkat Antarabangsa Kali Ke-52

Majlis Tilawah Al-Quran telah pon melabuhkan tirainya pada 03 Julai 2010 dengan menyaksikan qori dari Mesir dan qariah dari Pakistan mengungguli tempat pertama. Tahniah juga kepada qari dari Malaysia yang mendapat tempat ke-2.

Saya mengikuti majlis ini dari hari pertama hingga penutupnya melalui tv saja. Kalau diikutkan hati memang teringin nak menyaksikan secara 'live'. Tapi apa kan daya dah tinggal jauh dari Lembah Klang.

Sebenarnya saya bukan nak cerita tentang bacaan semua peserta yang mengambil bahagian, tapi saya terpanggil untuk menerbitkan satu persoalan tentang jumlah penonton yang datang ke dewan untuk menghayati bacaan dari Kalam Allah SWT. Dari kaca tv saya menyaksikan banyak kerusi-kerusi empuk yang masih kosong walaupon hingga hari terakhir. Takkan semua orang balik kampung kot..

Kalau pada tahun-tahun yang lepas saya tengok mmg meriahlah kat dalam dewan bila Tilawah Al-Quran dianjurkan. Tapi kali nie nampak sejuk jer. Kenapa jadi mcm nie? Promosi? Ntah ler... macam nak tak nak jer. Maklumlah majlis agama bukan boleh buat duit pon. Cuba kita panggil artis2 dari luar negara datang buat konsert kat sini... mesti berebut-rebut syarikat2 besar nak jadi sponsor. Iklan bagai nak rak.. kat surat kabar pulak hari2 keluar satu page penuh. Kalau konsert mula pukul 8.30mlm, pukul 6 ptg masing2 dah terpacak kat pintu masuk. Sanggup berdiri sampai 3-4 jam. Peminat setia lah katakan....

Dah ler... nak tulis lebih2 takut jadi mengumpat lak... jadi....LU PIKIR LAH SENDIRI...

No comments:

Post a Comment

Apa yang dicari?